Agak terjentik ketenangan santai malamku, bila terbaca berita kematian demi kematian anggota soldadu dlm tahanan dan teringat kadet2 yg mati dlm latehan. Kes seterika belom sejuk lama , timbol lagi kes baru.
Maseh dlm siasatan dan harapnya tiada unsor dera.
Seorang ashkar sepatotnya mati bangga dlm pertempuran (missing in action) , bukan deraan orang sendiri. Andai berani membuli mangsa yg lemah, bagaimana mahu hadap pahlawan asing yg gagah? Pembuli itu lemah dan penakot, sebab itu kerjanya beramai ramai atao kpd mangsa yg lebih lemah. Sebab itu, kalian akan melihat samseng2 itu selalunya mengelak berselisih sesama mrk yg keras kepala. Hanya dgn yg lain mrk berani2.
Pahlawan dari tanah asing itu, tak lemah seperti mangsa dera. Sehebat apapon sesama kita, ruas mu akan dijengkal jengkal pahlawan asing. Mrk tak datang untuk pulang hidop2. Mrk takan datang tanpa siap mati.
Ambilah pelajaran jaman Nippon kudasai dulu. Setinggi manapon ilmu, segarang manapon watak, penampar nippon tidak ada kenal itu semua. Sebot saja nippon masok kampong, hilanglah mana yg bisa menghilang dan terdiamlah semua yg pahlawan. Bener , ada nippon yg berhasel dibunuh dan dihalau, tapi mrk tetap datang unstopable.
Kita bisa dakwa itu dan ini, kehebatan ini dan itu, ketokohan sekian dan sekian orang. Tapi hakikatnya cengkaman maharaja nippon tak pernah longgar. Usahkan kepahlawanan org, sungai penoh buaya pon mrk tetep harong demi misi maharaja.
Ashkar2 seharosnya disiapkan untok hadapi gelapnya kekerasan pahlawan asing. Mendera bukan caranya. Kekuatan itu dari semangat jihad. Semangat muncul dari jiwa yg merdeka dari takot. Merdeka dari takot itu bila ia menyintai mati lebih dari hidop kerna mengharap pertemuan dgn Ilahi.
TULISAN ASAL ; JEFRI ZIN
No comments:
Post a Comment