Friday, 6 October 2017

PERTUBUHAN PERTUBUHAN MELAYU


Alangkah banyak pertubohan melayu. Persatuan2 , ikatan2 , badan2 , total semuanya entah berapa ratus buah. Yg plg tersohor mengatas namakan melayu - adalah partai keris hijau. Mungkin simbolik takan melayu hilang didunia. Semboyan nya -
"Tradisi membela rakyat".
Mungkin patot ditambah dlm kurongan (sah) sesudah "membela".
Setiap pertubohan milayu itu, ada fungsi dan bergerak dlm paksi masing2. Ada yg berbentok kebajikan dan dakwah (?) , ada berbentuk kemasyarakatan, pesilat, seniman, pekerja, nelayan, peniaga pasar, dan berbagai jenis jurus halatuju.
Aku tidak tahu, setakat mana keberkesanan atao komitmen ahli pertubuhan2 itu kpd komuniti mrk secara khas dan org milayu sendiri secara menyeluruh. Apakah servis kpd ahli sendiri tercapai maksud ditubuhkan dan bgmana kesan kpd org milayu seluruhnya dlm soal2 nasional.
Yg tersohor, adalah partai keris dan pertubuhan dakwah kebajikan 10 jalor. Seluroh malaya ada ahlinya dan servis mrk disemboyankan utk milayu seluruhnya. Agak sayugia mutakhir ini gejala gengsterisme dikaitkan secara sinonim dgn 2 pertubohan ini. Terutama yg berjalor. Ini sudah jadi pengetahuan am, hingga disebot saja, org automatik kaitkan dgn gengsterisme. Waima budak baru baligh, dah pandai guna nama geng jalor untuk tunjok otai. Walhal dulu, mrk terkenal komited sbg benteng milayu.
Tapi beralirnya jaman, masoknya anasir2 baru dan darah2 muda, sikit demi sikit kini ia jadi sinonim dikalangan org ramai ttg sikap ahli2 nya yg mungkin segelintir aja, menggunakan pengaroh ahli yg ramai utk kes2 spt berebutkan cewek, tarik kereta, wang perlindongan dan sbgnya yg negatif. Ini lah buah mulot org ramai.
Telah terjadi satu kes beberapa bulan lalu, sorang kawan berkelahi dgn sorang ahli nya. Krn keceluparan, kawan itu menghadiahkan sedas penumbok. Budak tadi walao ada kawan2 nya yg lain disitu, tetap mendial ayahnda kawasan. Akhernya, libeh kulang 30 org calvary tiba. Namun, agak mujur sang ayahnda cuma menuntut "qisas". Sebijik penumbok jg sbg ganti. Walhasel, sebatang dua gigi kawan tu patah sebab dia sdh dipegang ramai2 supaya sasaran lunak dicapai. Tp maseh terkira bernaseb baik, tidak dibalun secara berjemaah. Jika tidak, lukanya lebih parah.
Itu insiden tempat kerja. Sama2 siapkan rumah org. Itu kesah yg dikabarkan org2 kpd aku. Hanya kemudian, aku bertanya sendiri kpd empunya badan. Beliau sahkan.
Kesah itu, cuma sbg sokongan tulisan aku ini. Apa ingin dikatakan, aku kesal fungsi pertubohan2 kita ini gagal memenuhi fungsi keujudanya. Jadi tempat lebar dan cari kekuatan pengaroh ramai. Kemudian kekuatan lebih kpd ditala sesama milayu jua. Kes2 besar demi kepentingan milayu , tidak nampak fungsi2 semua pertubohan tu secara komited. Mungkin pertubohan rani kulop lebih aktif, setidaknya sbg kaki repot instead of kaki viral. Ada jg action.
Yg byk aktif dlm kerja kebajikan dan membantu mangsa baik bencana atao jinayah kewangan hanya 2 badan. Ia adalah ppim dlm kes jinayah komersial dan partai islam dlm kerja2 membantu mangsa bencana alam. Semasa banjir termenong melanda johor dan bah kuning di kelantan, 2 peristiwa besar negara - angkatan khidmat anak muda mrk mendapat sanjongan dari warga krn komited yg tinggi tanpa sebarang upah, instead keluar biaya sendiri untuk kos outstation.
Ppim jg byk habiskan wang ringgit untuk kos transportasi dan operasi semasa membantu mangsa jinayah komersial. Tak berbaloi sebenarnya kos mrk keluarkan dan risiko bahaya mrk tanggong demi membantu sesama umat jika disukat dari kacamata milayu selfish. Dah le minyak mahai, sumbu jimat minyak pulak belom dipasarkan.
Apa ingin aku katakan, dari segi persatuan kita belom mampu bersaing dgn cinne. Dewan Dong Xiong mrk bgt berpengaruh dan komited kpd org2 cinne, walao mrk tiada kuasa politik, undang2 dan angkatan bersenjata. Sebab mrk dari awal komited sepenoh daya, tidak lari dari trek asal, bersatu padu atas nama cinne.
Terimalah hakikat, tokoh2 kita dan pertubohan kita lebih byk menjaga kepentingan sendiri dan ahli saja walao menyelisihi konsep amar makruf nahi mungkar. Habis2 hebat, bukak lagi dua tiga kelab malam. Kemudian ahli2 yg berminat boleh jadi bouncer.
Apa sumbangan kalian untuk umat milayu islam ini... Aku rasa, filim KONGSI sudah cukop menceritakan realiti donia pertubohan ala ala gengsterisme kita.
Kita memerlukan satu bentuk pertubohan baru sbg indok spt Dong Xiong. Yg boleh menyatu padukan semua pertubohan berasingan lain yg lebih khusus dgn fungsi masing2 dlm sebuah bekas. Mungkin Dong Xiong tak bgt dikenali oleh kita, tidak ada rekod ala mafia, tapi sapa berani boleh try langgar tunjuk taji . Nanti depa tunjok ajar mana emas mana perak. Yg mana isnin yg mana khamis. Yg mana mengkarong yg mana tedong. Depa efektif dan sangat praktikal gerak kerja.
Kita takan mampu survive, jika tidak bersatu sesama kita. Buang semua ego grup kumpulan, seperti masa tragedi friday the 13th.

TULISAN ASAL : JEFRI ZIN

No comments:

Post a Comment

WANG KERTAS SEMAKIN SUSUT NILAI

Wang kertas makin lama makin susut nilai. Rm 5k dulu yg disimpan dlm bank hari ni makin susut nilai. Sebab apa? Hishamudin rais, penulis ...