Sunday, 27 August 2017

CURI SUSU

Gambar Hiasan
Terbaca pula aku, sorang maling ditangkap orang ramai di negeri bangsa J. 

Tiada aksi keganasan dilaporkan. Sekian penangkap begitu berhemah. Kabarnya, item yang dicuri adalah susu bayi yang mahal.

Ramai orang bersimpati. Sebab susu bayi.. Mereka meneka ini pasti buat anak - anak nya yang kehausan. Namun ada juga yang mendakwa dia sudah banyak kali ketangkapan mencuri termasuk ubat gigi optic yang mahal.
Meninggalkan semua spekulasi, aku lebih meyakini adalah lebih baik tubuh badan yang sehat tiada cacat cela itu bekerja. 
Terdesak ni, sekali sekala saja.. kalau kebiasaan, itu habit. Asal tersepit buat maksiat jenayah. Hospital ada program susu bayi bagi yang tak mampu, atau dh dimansuhkan aku tak tahu.

Sebenarnya susu ibulah yg terbaik dan tiada mudhorah. Tak perlu beli susu pun. Lepas 2 tahun, ceraikan dengan susu dan boleh mula minum minuman lain. 
Dikampong dulu, beginilah org2 tua kami buat. Cukup masa, budak - budak akan hisap botol berisi teh o. 
Haha.. Sehat juga. Elok dah sekarang dah boleh bermenantu pon. Anak - anak dulu diajar hidup lasak. 
Untuk mereka kental berjuang juga dalam kehidupan akan datang. Orang dulu melahirkan generasi tegap, bukan serba dipampers.

Mereka mahu anak - anak kental harungi badai, bukan asal susah buat angkara.
Baiklah.. sebuah kisah terdesak dari kawan aku yang berkhidmat sebagai anggota polis di Kuala Lumpur era 80 hingga awal 90an.
Beliau banyak menangani kes jenayah di kota ini. Tapi satu kisah tak terlupakan, seorang bapak yang merompak bank semata mata kerana mahu biayai operation anaknya yang sudah tenat. Beliau ditembak mati oleh polis dan wang rompakan bertaburan atas jalan semasa dia terbunuh. Hasil siasatan, memang benar anaknya menanti operasi yang membutuhkan wang besar.
Inilah baru terdesak. Kasih sebenar seorang ayah yang rela kehilangan nyawa. Tapi, siapakah yang akan bersimpati dengan nasibnya selain orang - orang melihat seorang tukang rompak terbaring berlumur darah dan dihurung lalat kejung kaku.
Sebenarnya, kita tak mahu menumbuhkan daging dari hasil haram keatas anak - anak. Sebab daging itu, api neraka lebih awla untuknya. 

Orang dulu cukup cermat jaga anak bini dari makan sumber haram. Jangan kita yg hantarkan anak - anak ke neraka. Ingat ni. Meminta minta lebih baik dari mencuri hak orang. Sekali tertangkap, nama baik tak mungkin boleh dibersihkan lagi

No comments:

Post a Comment

WANG KERTAS SEMAKIN SUSUT NILAI

Wang kertas makin lama makin susut nilai. Rm 5k dulu yg disimpan dlm bank hari ni makin susut nilai. Sebab apa? Hishamudin rais, penulis ...