Friday, 4 August 2017

ADA SATU GROUP, NAMANYA ANTI SYIAH NUSANTARA. DULU AKU JOIN.

Ada satu group, namanya Anti Syiah Nusantara. Dulu aku join.

Macam biasa, dah nama group begitu, tentu isinya sentiasa panas

Banyaklah sesi kutuk mengutuk, bahkan orang Syiah juga ramai. Ada seorang dua pendebat tegar Syiah dari Indonesia yang ikut berkecimpung dan selalu memuat naik post disana.

Rata - rata kaki komen dan admin group tu pula, memang aku dah syak spesis Wahabi tegar. Ada juga ASWJ bermanhaj Sufi.

Rata - rata kalau komen dari ahli wahabi, memang hancur dan cuma reti sumpah seranah.

Syiah pula bijak manipulasi Hadis dari Kitab Sunni. Hujah yang tersusun, ilmiah, dan intelek menambat aku ( hati aku ) ikuti perbahasan mereka ( Syiah ).

Saidina Ali ada berpesan, kebatilan yang tersusun ( sistematik ) boleh kalahkan kebenaran yang berterabur. Itulah yang aku lihat.

Sangat berbeza dengan ahli debat di group ASWJ vs Wahabi dan sebagainya. Rata - rata adalah hujah budak sekolah rendah. Memilukan bercakap atas Manhaj Aswj kununnya, tapi sebenarnya berintikan Wahabi

Ali Haidar
Miqdad Rahmat
Said Apanamatu....... ( aku lupa )

antara debater dan pembentang Dakyah Syiah. Hujahnya cukup intelek. Tahan dimaki dan terus profesional meladani dan menjawab, hingga satu post boleh makan berhari - hari bahkan seminggu, adakalanya tak selesai - selesai.

Tahap stress yang cukup tinggi bagi seorang biasa melayan makian dan hinaan secara konsisten.

Beberapa orang ini sahaja menjadikan puluhan orang seperti hilang wibawa, bahkan akal sihat. Hujah tak terbalas dengan ilmiah, tapi dihamburkan nista. Inilah skill Wahabi rata - ratanya. Kalau Waliyullah pun depa ( mereka ) ringan dan mudah saja hina, apa sangat Syiah dari seberang.

Tapi disini letaknya bahan ketawa orang yang mengikut sebagai silent reader. Sendiri tunjukkan tahap intelek yang minimum, kemudian mengatas namakan Sunni.

Sebenarnya kita tak perlu berhujah kalau tak mampu. Nak tibai pun biarlah berilmiah. Sondol menyondol, kerja sejenis haiwan itu.

Aku sendiri lawan 3 orang itu. Sampai depa ( mereka ) pm ( private message ). Kemudian aku tiba tiba jadi Ustaz. Ha ha elok saja depa bagi Respect kalau kita sambut dengan ilmiah.

Jangan bawak resmi haiwan itu, tak elok untuk imej Aswj.

Aku cerita ni, nak bagitau yang aku sendiri dulu lawan Syiah. Sampai 3 orang itu jadikan aku kawan dan sanggup nak datang sini nak jumpa secara personal. Aku bilang lain kali saja. Aku tak suka dikenali.

Miqdad Rahmat dan Ali Haidar sentiasa pm aku. Ada masa ucap terima kasih sebab tolong tegakkan keabsahan Hadis Al Ghadir. Aku bilang terus terang, bukan nak tolong dia. Tapi Wahabi dalam tu memang target nak musnahkan keaslian Hadis Al Ghadir. Aku tak boleh biar Hadis Saheh didustakan Wahabi. So ada masa aku lawan Wahabi sendiri dalam tu.

Wahabi ni licik. Tunggang nama Aswj dan attack Syiah. Bawak sentimen benci Syiah, lepas tu bila orang dah termakan sentimen, label Syiah akan dilekatkan kepada Sufi dan Ulama Aswj lain. Tu modus operandi dia. Aku dah masak!

Aku ni bukanlah ahli agama macam sebahagian kau orang. Tapi kalau kita bercakap dengan baik, berhujah dengan baik, nilai moral itu sendiri dah jadi trofi kemenangan.



Kata Hikmah - Gus Dur


Lebih utama lagi aku nak bilang disini, kerja lawan Syiah ni dah lama aku buat. Agak banyak karya mereka aku dah bedah. Banyak bagi orang awam macam aku lar. Bagi ilmuan, itu cuma kulit buku.

Cuma aku dah tak bercakap pasal Syiah ni, depa senang dicam. Wahabi pula sebaliknya. Syiah tak usik amalan Sunni, yang depa marah lebih soal politik ( Imamah ).

Wahabi kucar - kacirkan amalan umat Aswj Nusantara. Hukum orang sesat dan Musyrikin semata atas sebab hal Ijtihadi.

Overall bagi aku, Wahabi lebih bahaya dan bahayanya hingga yang baru kenal agama jadi berani kafirkan ulama.


Yang Empunya Artikel Asal - Sasterawan Jeff.


IKLAN :

ASPARAGUS SEED / BENIH ASPARAGUS UNTUK DIJUAL ( MALAYSIA ONLY )

1 PACKET RM 5 + POSTAGE RM 5
BELI BANYAK AKU BAGI DISKAUN
WASSAP AKU DI NUMBER 017 - 417 4563

Asparagus Seed For Sale

UBAT KAYAP HERBA - FOR SALE RM 70 ( MALAYSIA ONLY / INCLUDE POSTAGE )
WASSAP AKU DI NUMBER 017 - 417 4563

Ubat Kayap Herba For Sale


No comments:

Post a Comment

WANG KERTAS SEMAKIN SUSUT NILAI

Wang kertas makin lama makin susut nilai. Rm 5k dulu yg disimpan dlm bank hari ni makin susut nilai. Sebab apa? Hishamudin rais, penulis ...