Saat mahu bermusafir jauh seorang diri ke tempat baru bagi mulakan kehidupan baru, ketempat yang tiada kenalan, tiada saudara mara dan tiada sebarang sokongan, hati ini akan sayu...
Segala kenangan dikampung, kawan - kawan, sanak saudara, hatta musuh sekalipun terasa sayu mahu ditinggalkan. Segala salah silap orang kepada kita, tiba - tiba terasa tiada makna. Tak beri bekas...
Kita sudah tak berkira bicara lagi tentang kesalahan - kkesalahan silam. Kita akan lalui cabaran getir dan manis dunia baru. Semakin bergerak kenderaan meninggalkan tanah tumpah darah, makin pilu hati. Hati berbelah bagi, mula tumbuh rasa cinta kepada setiap orang - orang yang hadir dalam kehidupan kita di masa nan lalu..
Begitulah ibaratnya, jika kita dapat selalu rasai bahawa kita akan bermusafir ketempat jauh sebatang kara, tidak ketahuan nasib badan, segala kesalahan dan detik hitam masa lalu seperti tak berharga lagi untuk dibawa bersama. Untuk terus dipikul. Alangkah baik, jika saat ini watak - watak masa lalu yang hadir dalam hidup kita ikut bersama temani, siapa pun dia...
Kita berseorangan. Sebatang kara. Yatim dan piatu. Apa lagi mahu dipikul dari masa lalu... Kita akan bergerak, dan tak akan pernah kembali lagi. Segala galanya dari masa lalu mula serasa begitu bernilai saat ini. Tiada lagi rasa permusuhan, tiada lagi dengki dan dendam. Segalanya kini diserah kpd Tuhan...
tulisan asal dari : Sasterawan Jefri Zin
Iklan :
ubat kayap herba untuk dijual, RM 70 sebotol termasuk pos, wassap saya di number 017 417 4563
ubat kayap RM 70 sebotol / wassap 0174174563 |
No comments:
Post a Comment