Saturday, 12 August 2017

ITTAQULLAH

Ittaqullah
Inilah pembukaan khutbah jumaat oleh khatib. Ia bermaksud takutlah kepada Allah.
Takut kepada Allah bagi orang awam adalah takut dilempar masuk neraka atas kemaksiatan.


Takut bagi orang khawas adalah sebab mereka tahu hidup ini ditakluk kudrah dan iradah Allah semata. Mereka takut bila - bila masa saja Allah boleh ubah posisi mereka. Dari wali jadi awam pun boleh andai Allah berkehendakan.
Orang khawas tahu bukan pahala yang beri manfaat. Bukan juga dosa yang beri mudhorat. Tapi Allah lah yg memberi kedua duanya. Andai Dia mahu, neraka tak boleh menjilat kulit ahlinya. Sejuk dinginlah ia seperti api yang membakar Nabi Allah Ibrahim as.
Orang - orang khawas, bila ditaufikan solah mereka akan tunaikan dengan penuh syukur. Bila diuji dengan kemaksiatan, mereka istighfar segera penuh sesalan lagi melazimi taubat.
20 sifat wajib bagi Allah direnung atas diri. Insaf diri tiada daya dan upaya melainkan takluk oleh qudrah dan iradah Allah belaka. Segalanya dari Allah dan kepada Allah ia dikembalikan. Itulah erti takut kepada Allah yang sebenar. Sebab org - orang khawas tahu apa yang Allah swt boleh lakukan atas dirinya.

TULISAN ASAL DARI : SASTERAWAN JEFRI ZIN 

IKLAN :

UBAT KAYAP HERBA UNTUK DIJUAL, SEBOTOL RM 70 TERMASUK KOS POS, WASSAP SAYA DI NUMBER 017 417 4563

0174174563

No comments:

Post a Comment

WANG KERTAS SEMAKIN SUSUT NILAI

Wang kertas makin lama makin susut nilai. Rm 5k dulu yg disimpan dlm bank hari ni makin susut nilai. Sebab apa? Hishamudin rais, penulis ...