Friday, 18 August 2017

IBADAH KORBAN

Sempena raya korban ni, tentulah byk siri kuliah atau khutbah ttg sejarah Nabi Ibrahim, siti hajar dan anak mereka- ismael.

Bermula dari perentah gusti Allah swt agar khalil Nya - Ibrahim as mengungsi kan isteri barunya hajar dan anak tunggal baginda sendiri ismael.
Ini ujian yakin- tauhid - makrifat
Seorang Rasul yg diangkat dgn gelaran kekasih (khalil) apakah ia yakin penoh dan sempurna makrif nya (kenal) kpd Pencipta yg memberi reziki dan menjamin keamanan.
Tentu saja, tanah tandus tidak ditumbuhi suatu apa pon itu selain bukit bukau pejal berbatu sekelilingnya, tidak ada logika boleh menampong manusia hidop. Ini tiada logika...
Nabi Ibrahim menitipkan mrk kpd gusti Allah di tandus itu, sambil hatinya terus bertawakal dlm percaya kpd Tuhan nya. Keldai nya beransur ansur semakin kecil dipenglihatan siti hajar dan ismael. Tadinya mrk saling berpesan dan saling menitip rasa hati, kini arahan Tuhan harus dipenuhi. Berpelukan terakhir kali, antah bila masa akan menemukan mrk semula...
Ujian itu dtg lagi, bila berlalu tahun2 yg telah jd kenangan silam. Ismael telah remaja belia. Tulang2 nya mula diisi kekuatan fizikal kelelakian. Sedang lincah bertenaga hidop beserta bonda tercinta, yg kini mrk tidak lagi kesaorangan dibumi gersang itu. Gusti Allah sengaja melewatkan kafilah bani jurhum dari yemen ke lembah itu mencari air dlm safar.
Kerna kasehan melihat si ibu dan anak yg maseh kecil mengungsi di lembah ini, mrk mendirikan perkampongan baru agar kedua beranak itu tiada lagi sebatang kara.
Direngkaskan sirahnya, akhernya terlaksana ibadah korban dan didirikan baitullah oleh Nabi ibrahim dan ismael. Inilah rumah ibadah pertama umat islam. Setiap menjelang musim haji, ibadah korban akan dilaksanakan umat ini sbg mengenang kembali kesah lama itu, sbg korban yg disyariatkan.
Berlalunya ribuan tahun, baitillah itu dicemar oleh kesyirikan. Tanah tempat bersujud disekelilingnya (masjid haram) tlh dipenuhi berhala2 hingga keatas bumbung dan didalam baitillah sendiri. Beratus ratus aneka nama berhala
Sesudah mekah diambil semula oleh Rasulillahi saw, Allah menurunkan wahyu agar baitillah dibersihkan dari berhala. Begitu jg masjidil haram , bersihkan kerna ia tempat untuk rukuk dan sujud kpd Allah semata.
Dari segi rohaninya - baitillah itu adalah qalbu org beriman. Mesjid haram itu adalah tubuh badan ini, tempat rukuk dan sujud. Tubuh ini tanah haram yg diharamkan Allah atas byk benda2 dunia demi kesucianya. Ia tempat beribadah. Hingga terlarang lah ia dari hampiri solah selagi "mabok" nya blm hilang.
Sempena ibadah korban ini, renung semula sirahnya dgn seksama.

TULISAN ASAL : SASTERAWAN JEFRI ZIN

iklan :

ubat kayap herba untuk dijual, RM 70 termasuk kos pos, wassap untuk pembelian 0174174563
UBAT KAYAP HERBA RM70 / WASSAP 0174174563

No comments:

Post a Comment

WANG KERTAS SEMAKIN SUSUT NILAI

Wang kertas makin lama makin susut nilai. Rm 5k dulu yg disimpan dlm bank hari ni makin susut nilai. Sebab apa? Hishamudin rais, penulis ...