Friday, 18 August 2017

BASUH KAIN DIMALAM HARI

Tabiat suka membasuh pakaian waktu larut malam ni kurang bagus. Terutama jika bilik air tak bertutup. Ikuti kesah nya...


Dulu ada kakitangan sebuah bank menyewa beramai - ramai di sebuah kampung. Budak - budak bujangan. Aktiviti mereka santiasa sibuk diwaktu siang. Sore nya beriadah pula. Usai maghribnya sibuk memasak. Usai isya nya saling bercanda. Hanya larut malam, sebagai anjeng waktu menyucikan busana.
Kebetulan, rumah sewa itu 2 tingkatan. Yang diatas mereka yang huni. Yang dibawah tuan rumah yang udah dimamah usia yang huni seorangan.
Tempat membasuh mereka, duduknya dibawah rumah. Diluar. Ditepi belukar. Hanya limpahan mentol bulat 60watt dari dinding rumah yang jadi pedoman ketika mencuci kain baju
Suatu malam, sasudah usai bercanda gurau bujangan, tika masa mencuci. Seorang dari mereka membawa bakul - bakul berisi busana yang harus dibersih dan disegarkan untuk digunakan hari - hari seterusnya. Apalagi sebagai kakitangan bank, yang udah pasti imej itu adalah pentolan reputasi kapitalis banker sendiri..
Tika masyhuk nya memberus secara manually, tanpa ia sedar, sesosok lembaga berbungkus kain pelikat san wajah yang ngeri telah berdiri diam tegak didepanya...
Sekilas, beliao mengangkat kepalanya. Kemudian terus memberus.. 3 saat kurang lebihnya, berusannya terhenti mengejut. Perlahan diangkat semula wajahnya cuba mengamati sosok tersebut...
"Aa... aaa... Aaaaaaaaghhhh".............
Berkumandang jeritan ngeri. Lintang pukang ia berlari mendaki tangga kayu itu ketingkat atas rumahnya. Bunyi kelam kabut seakan histeria membingitkan suasana malam. Rakan - rakan nya kegemparan.
Esok nya, tersebar berita semalam. Keriuhan melanda isi kampong. "Ia" semakin kerap meganggu orang - orang. Sekejap dipokok, sekejap disemak, sebentar dikejauhan.. Akibatnya, hamper satu minggu, lelaki budiman itu mengalami demam. Kesah "ia" yang meganggu makin ketara dibicarakan
Yang orang ramai tdk tahu, itu kerjaan 2 org kawanku yang selalu menghantui penduduk di waktu malam. Itu hobinya. Kasehan kakitangan kapitalisme. Hahaha

tulisan asal : Sasterawan Jefri Zin


iklan :

ubat kayap herba untuk dijual, RM 70 termasuk kos pos, wassap untuk pembelian 0174174563

UBAT KAYAP HERBA RM70 TERMAASUK POS / WASSAP 0174174563

No comments:

Post a Comment

WANG KERTAS SEMAKIN SUSUT NILAI

Wang kertas makin lama makin susut nilai. Rm 5k dulu yg disimpan dlm bank hari ni makin susut nilai. Sebab apa? Hishamudin rais, penulis ...