Sunday, 26 November 2017

HATINYA BENAR YAKIN PADA ALLAH

Dulu sorang sahabatku berpangkat leftenan dlm tentera pernah bercerita semasa malam pesta sambutan tamat kursus kadet2 baru , budak2 kadet tlh meletupkan sebiji grenade di atas padang untuk mengejutkan org2 yg sdg berpesta. Kata beliau, bunyinya sgt kuat. Terasa gegaranya.
******
Kelmaren aku berwacana kosong dgn tuan syd basir. Ngomong2 dari isu permasalahan lesen kenderaan semasa hingga membawa kpd kesah2 perang di thailand, palestin dan syria. Beliao bercerita ttg video seorang budak syria yg seronok bermain bola bersama kawan2 nya. Kawasan kejiranya sdh musnah di bom. Sekali sekala pesawat pembinasa maseh berlegar diudara mencari sasaran.
Seorang reporter merakam aksi merika. Dipanggilnya budak tadi dan ditanya adakah dia tidak takut jika serangan udara datang lagi?
Budak itu menjawab rengkas - "Tidak! Sebab sy ada Allah."
Cerita ini membuat aku merenung sesuatu. Seorang bocah yg mungkin hanya diberitahu oleh org tuanya bhw hanya Allah lah berkuasa menghidup dan mematikan seseorang langsung hatinya diparteri dgn tauhid yg bulat. Sedangkan sblm itu ia sdh melihat orang2 sekeliling dan kawan2 nya berkecai akibat bom. Berbagai rupa mangsa, bau rentung daging dan darah hanyir, impak gegaran bom yg bunyinya saja sdh melemahkan semangat. Jika sebiji grenade sdh membuat seorang tentera rasa kus semangat, bayangkan kekuatan bom2 thermite yg digugurkan dari jet pembinasa.
Jawaban budak itu tanpa ada riak ketakutan dan ragu2 dimukanya, menunjukan hatinya benar2 yakin kpd Allah. Keyakinanya sdh bersebati dgn nyawa, sebab itu dia tidak lagi khuatir akan nyawanya. Ia sdh berada ditahap hakkul yakin dgn sudah beruji. Bukan lagi atas ilmu dan latihan. Ia teruji dilapangan.
Aku rasa kerdil berbanding budak tadi. Rasa kerdil sunggoh... Kebanyakan kita disini, bercakap ttg ainul yakin, hakkul yakin dan kamalul yakin. Sedangkan belum dijentik lagi badai ujian sejati. Kadang2, kuih bakar 30ringgit sedekah kesurau mesjid pon tak sampai lagi.
Kita mengaji bermacam kitab, berbagai jurus ilmu, berbilang guru. Hancur relai kitab duk ulangkaji. Tapi dihujung hari nanti, mampukah kita stand hati dgn keyakinan tak berbelah bagi kpd Tuhan spt budak tadi?
Hati budak2 bersih. Satu saja kalam tauhid dibenam dlm dada mereka, ia terus terpateri

TULISAN ASAL : BRADER JEFRI ZIN

UBAT KAYAP HERBA UNTUK DIJUAL

No comments:

Post a Comment

WANG KERTAS SEMAKIN SUSUT NILAI

Wang kertas makin lama makin susut nilai. Rm 5k dulu yg disimpan dlm bank hari ni makin susut nilai. Sebab apa? Hishamudin rais, penulis ...