Bila aku benci sesebuah parti politik, aku boleh kecam dan jauhi.
Bila aku benci firqah2 menyeleweng dari aswj, aku boleh kecam dan jauhi.
Bila aku benci seseorang atau sesebuah pertubuhan, aku masi bulih kecam dan tinggalkan.
*****
Tapi bila aku benci aktiviti kapitalisme, aku cuma buli kecam, tak buli jauhi. Sudahnya peloduk kapitalis jgk aku cari. Servis kapitalis jgk aku langgan. Kalau tak tak berasaplah dapur dan fb aku ni.
Optional nya aku buli duduk dlm hutan. Maka berakhirlah kekuasaan bani kapitalis. Tu pun kalau tak jumpa aktibiti pembalakan. Kut tak kapitalis lagi aku kena hadap.
Waiii... Dari angkasa lepas sampai lautan lepas sampai hutan bebas, dimana mana kapitalis. Baruk akuk ngertik, kata arwah guruku duluk. Setiap jaman Allah akan letakan kuatkuasa Nya (kekuasaan mengawal) kpd sesebuah kerajaan atau pehak atau oknum. Jaman ini, amerika lah (kapitalis besar) yg diberi kuatkuasa kawalan dunia. Iraq, kasus terbaik sbg contoh baik sekatan ekonomi atau bumi hanguskan.
Nyatanya kuatkuasa itu kini ada kepada kapitalis. Dari puncak angkasa hingga perut bumi semua ada string2 mrk. Bayangkan kawalan merika keatas umat dan kerajaaan. Cukop kapitalis alihkan uang rencehan merika dari akaun bank local, merudumlah ekonomi umat.
Nilai uang kini tdk letak di bodi nya spt dinar klasik atao stok penimbal (emas). Tapi spekulasi dari aktiviti jual beli dagang seperti bursa saham. Sebab tu soros buli merudumkan ekonomi dan mengbangkrapkan ramai usahawan milayu, terutama yg kronisme. Suntik modal terusss.. Akhernya marhain menganga.
Adalah sungguh membencikan, aku tak bisa lari dari kapitalisme. Kunun ekonomik sistem tanah milayu adalah separa kapitalis saja dan gomen monitor. Contohnya lawatan menteri kepasar ikan sayor tuk pantau harga siling.
Alih2 telco telan duit hangpa selamba je walau dh beribu komplen dan repot dibuat. Gomen pon dah mengopek dgn kapitalis. Dana pilihanraya pon kapitalis huluq, mau lawan sama taukey kah? Hahaha.
Ahhh... ini semua tak munasabah. Flawless enemy. Semoga Allah alihkan kuatkuasa tu kpd islam tak lama lagi.
TULISAN ASAL : BRADER JEFRI ZIN
UBAT KAYAP HERBA UNTUK DIJUAL |
No comments:
Post a Comment