Wednesday, 30 August 2017

UBAT BAGI KEJAHILAN


Obat bg kejahilan adalah menuntut ailmu.
Tapi ailmu cuma bole obatkan kejahelan, bukan kebodohan (fusaha).
Beza antara jahel dan bodor adalah - sijahel membuat kesalahan sebab belom tahu akebah. Manakala si bodor buat juga kesalahan walao sudah maklom akan akebah.
Ailmu ni luas skop bicara dan aplikasinya. Dari ailmu basuh berak kencing ke ailmu mentadbir negara dgn siasah. ailmu kerohanian alam tasawuf dan tauhid hingga ailmu membikin jambatan gantong dan empangan raksasa. Melangkaui hingga kaji angkasa raya.
Mengaji kitab klasik saja dan kekal tersangkot di situ blm memadai. Bak kata tghh, kitab dulu dikarang sesuai waqi jaman tu. Kitab tetap betul, tapi kena diberi nafas baru supaya sesuai tuntutan jaman.
Al imam nawawi rhm sendiri mungkin akan ubah takrif NAJD yg beliau syarahkan dari sahih muslim, andai beliau hidup jaman ni. Apa yg beliau simpulkan dulu, sesuai dgn kadar sejarah waktu tu.
Oleh sebab hadis ttg ramalan itu (prophecy) adalah hal ehwal blm berlaku, fakta plg tepat adalah bila berlaku apa dikhabarkan hadis. Seperti ummutaha mukminin yg melihat sendiri Zainab ummu masakin wafat menyusul Rasulullah saw spt dikabarkan Baginda saw secara berkias, bukan tangan sapa yg plg panjang antara merika. Taraf ummutaha mukmimin pon gagal tangkap fakta hadis ramalan, apa lagi org kemudian. Memang ada org2 yg diberi kasyaf dlm melihatnya, tp bukan semua benda dibukakan kasyaf. Bukan semua ahli kasyaf jg akan tuangkan dlm kitab apa yg dinampakan kpd mrk.
Isi kitab adalah hasil alim ulamak yg mengestrak al Quran dan hadis serta jalan3 bersangkutan dgn nya.
Yg rigid tak boleh diubah cuma sumber isi kitab diambil, yakni al Quran dan al hadis. Jika kalian berkata al Quran sesuai sepanjang jaman, maka maknanya kaedah mengambil hikmah dari nya sentiasa boleh diperbaharui.
Dulu, sahabat dan ulamak tdk hidop dlm sistem demokrasi. Kita lahir2 saja dah diberanakan dlm sistem demokratos dan kapitalisme. Boleh ke nak muamalah cara dinar dan darham setiap hari dlm sistem wang fiat banker? Boleh ke nk potong tangan pencuri yg dah sabit sgl bukti dan keterangan?
Sebab kita dikongkong sistem. Waima jaman raja2 melayu, undang2 terbahagi dua set ikut negeri. Ada undang2 islam spt diaplikasikan di negeri darul iman spt tercatit atas batu bersurat dan ada undang2 temenggong.
Temenggong ni, dia lah menteri KDN dan dialah KPN. Aku bukan reti sgt undang2 klasik tanah milayu ni.
Tak guna membesarkan sanad ailmu dgn sgl guru, kalau islam tak mahu dimartabatkan dgn syumul. Sekadar meratib bawak diri dan keluarga. Sedanglan wafatnya Rasulillahi saw, sekalian sahabat bersegera melantik kepimpinan agar al Quran terus meninggi keatas ummat.
Sedangkan jasad Rasulillahi saw maseh ada dalam rumah.
Itulah pertanda, bitapa kestabilan negara berdasar al Quran yg syumul terus berlansong. Kepimpinan lah yg bawa hala tuju negara samada al Quran, atao kitab sekulerisme dan kapitalisme.
Sekarang, jaman kita sekarang, kepimpinan tak boleh diraih selain dgn 2 jalan.
Merampas dgn kekuatan atao menyertai sistem sedia ada. Sistem ini bukan alternatif kpd jalan klasik, tp ini saja jalan yg tinggal melainkan kalian angkat senjata masing2. Itupon kalao sanggop lihat hingga ahli rumah sendiri ditangkap dan mungkin disakiti. Jaman ni, bukan ahli jihad saja akan terlibat dgn kekerasan.
Fikir sehabis baek...
Kalao kita setahan org palestin boleh lah. Ni takut tak kerja sebulan dah gabra anak bini nk makan apa. Benda ni bukan main2.
Bukan sekadar isi peluru dan tembak.
Orang berakal sengkat cuma nampak mcm filem kombat. Yg betul2 berkesanggopan tak ramai. Jangan2 nanti leader yg kena tinggal mcm saidina al husain ra yg ditinggal rombongan badwi dan org kufah yg janjikan dokongan. Bila sekali terlihat kilatan2 pedang.
Apa yg ulamak siasah buat ni dah terbaik untuk waqi watan hari ni. Nak masok tabong derma pon liat lagi mahu sembang jihad? Brader... org dulu berabis harta benda bila jihad. Kita yg baru air kena potong 2 hari dh gelabah tok sah sembang.
Makanya, kalian ikhtiarlah sendiri bgmana mahu tegakan semula sistem era Rasulillahi saw. Atao mungkin kita duk pakat2 ratib usah buat apa2. Tunggu imam mahdi.
Sementara tu , realitinya negara ni adalah demokratos akan membenarkan kuffar ambik bahgian dlm kekuasaan. Bila mrk berhasil jd majoriti MP, apa2 ttg kontitusi boleh mrk ubah yg akan merugikan islam secara total.
Jangan berangan sgt kita ada itu dan ini. Sekarang ni macam2 golongan muncul menghina islam secara terbuka, elok je boleh terus bebas.
Tulidan aku ni, akan menyakitkan. Tapi inilah realiti. Islam tu realiti dan berjalan secara realiti. Bukan berkhayal dlm tempay suluk.
Waima sultan murad dan muhammad al fateh mengikat serban perang di mihrab suluknya. Kots kontantinopel takan dpt diambil dengan tadah kitab.
Berfikir dgn global spt sultan murad dan al fateh.

Tulisan Asal : Sasterawan Jefri Zin

No comments:

Post a Comment

WANG KERTAS SEMAKIN SUSUT NILAI

Wang kertas makin lama makin susut nilai. Rm 5k dulu yg disimpan dlm bank hari ni makin susut nilai. Sebab apa? Hishamudin rais, penulis ...