Wednesday, 9 August 2017

SHEIKH MUTAWALI AL SYARAWI

sheikh mutawali al syarawi
Syekh Muhammad Mutawwali Sya'rawi. Ulamak Ahli Tafsir Al Quran (Mufassirin) yang ulung. Ahli Tasawuf hebat. Sangat Tawadhuk tapi juga berani. Dihormati kawan disegani lawan. Raja Saudi sendiri takzim dgn beliau. Pernah dijemput mengajar dua kali di Uni Ummu Qurra dan Riyadh.


Antara murid beliau adalah Dr Yusof Qardawi. Dulu, kerajaan Saud telah bercadang mengalih Maqam Ibrahim depan kaabah ke tempat lain. Hasil campur tangan Syekh, ia dibatalkan. Allah memberkahi beliau dgn hujjah dan kewibawaan. Banyak kisah - kisah ajaib dan karomah beliau. Tapi yang tersohor adalah semasa beliau baru selesai mengajar di sebuah negeri, orang orang yang ribuan telah mengangkat kereta beliau seperti tandu kerana terlalu mengagumi kewibawaanya.

Sesudah melepasi orang ramai, beliau meminta pemandunya mencari Masjid. Pemandu hairan, belum masuk waktu lagi ni...

Rupanya Syekh mencari tandas Masjid lalu membersihkan dengan tangan sendiri diperhatikan pemandu. Ditanya kepadanya, kata beliau -

"Tadi orang - orang telah menyanjungku dgn melampau sebab aku mengajar mereka. Sekarang aku mengajar diri sendiri dimana taraf aku sebenarnya".

Kisah ini dibeberkan semula oleh sang pengacara rancangan khawatir shabab di tv al hijrah. Cuma nama ulamak terlibat tak disebut. Inilah orangnya.

Tulisan Asal : Sasterawan Jefri Zin

IKLAN :

UBAT KAYAP HERBA / RM 70 TERMASUK POS / WASSAP 017 417 4563


No comments:

Post a Comment

WANG KERTAS SEMAKIN SUSUT NILAI

Wang kertas makin lama makin susut nilai. Rm 5k dulu yg disimpan dlm bank hari ni makin susut nilai. Sebab apa? Hishamudin rais, penulis ...