Khalid Bin Walid Ra dilantik sebagai ketua pasukan muslimin dalam perang Mu'tah sesudah Abdullah Bin Rawahah ikut syahid menyusul Saidina Jakfar At Tayyar dan Zaid Bin Haritsah. Pengangkatanya secara ad hoc atau tergesa gesa ketika perang hebat berkecamuk.
Beliau mulanya mengikut pesan Rasulullah Saw sebelom sarriyah itu berangkat ke wilayah Rom -
"Andainya zaid (komander) terbunuh, hendaklah Jakfar yang mengambil alih bendera (kepimpinan). Andai Jakfar juga gugur, maka Ibnu Rawahah yang mengambil tempatnya.. Jika dia juga tewas, maka urusan seterusnya (kepimpinan) adalah atas kesepakatan kaum muslimin"...
Khalid, mengangkat bendera dari tangan Ibnu Rawahah yang gugur. Beliau meneriakan kepada setiap lelaki petarung dari kaum muslimin untuk mengambil alihnya sebagai komander. Tapi masing - masing sibuk hayun menghayun dan tidak peduli teriakanya. Diulang ulang olehnya lagi siapa dari pahlawan muslimin yang mahu mengambil bendera dari tanganya lalu menurunkan perentah keatas pasukan besar Mu'tah.
"Engkau sahaja!!"
"Ya engkau saja!!!"
"Ambilah olehmu!!!"
Masing - masing menyerahkan saja kepada Khalid agar segera mengambil kedudukan dan menurunkan arahan agar strategi mereka tidakk dikucar kacirkan Rom.
Khalid menunggang kudanya lalu menjulang bendera. Beliau mula menurunkan perentah - perentah agar pasukan di kolaborasi semula.
Bermula saat dia menjabat komander. Aturanya atas pasukan memang unik dan bermuslihat. Asakan tentera Rom yang 10 kali ganda kekuatan kompeni berjaya dihadangnya dengan meminimumkan angka korban kaum muslimin. Tentera Kaisar menghadapi kesulitan memecahkan formasi mereka yang sistematik dan bermuslihat.
Hari - hari berlalu perang terus hebat. Akhirnya musyawarah panglima - panglima memutuskan mereka mesti berundur balik ke Madinah sebab tentera rom terlalu besar jumlahnya. Ditambah dokongan Kabilah Arab Nasrani yang bergabung dengan Kaisar.
Hari pengunduran dijadualkan tiba. Khalid menyuruh pasukan berundur selapis demi selapis agar tidak disedari. Akhirnya sebahagian besar selamat berundur. Yang gugur, Allah menjamin syahidnya.
Namun tentera Rom tidak melepaskan begita saja.. Mereka mengejar dengan giat. Khalid yang menyedari kejaran pasukan yang besar itu memerentahkan kaum muslimin melambong pasir keudara. Tidak banyak bantahan, mereka saling mengaut pasir dengan tangan dan melambung keatas.
Dari jauh, tentera kaisar melihat kepulan - kepulan debu pasir berterbangan diudara. Sangka mereka, bantuan yang sangat besar dari Madinah sudah tiba. Mereka ketakutan dan berundur kembali melapor kepada Raja Kaisar yang ikut berjuang di Mu'tah.. Akhirnya, pasukan Muslimin lolos hingga selamat tiba ke Madinah.
Moralnya - andai tentera muslimin saling mempertikai arahan khalid kerana berasa ia cadangan tidak masuk akal disaat genting itu, mereka akan jadi habuan tentera Rom. Perang Mu'tah adalah perang yang sangat sengit hingga 9 bilah pedang Khalid Al Walid patah rosak. Beliau bertahan dengan pedang lebar buatan Yemen hingga akhir kesudahan.
Khalid Saifullah Al Maslul (pedang Allah yang terhunus) adalah simbol, kebijaksanaan kepimpinan itu usah banyak dipertikai bila ia sudah dikenali sebagai ahli yang Quwwah dan amanah.
tulisan asal : Sasterawan Jefri Zin
iklan :
ubat kayap herba untuk dijual, RM 70 termasuk kos pos, wassap untuk pembelian 0174174563
No comments:
Post a Comment