Saturday, 26 August 2017

BELI RUMAH ATAU BELI SAHAM?

Aku nengok ada Org post mengenai pelaburan hartanah. ( teori boleh beli banyak hartanah walau gaji kecil katanya. Haha )
Beli rumah dgn harga RM 200k, down payment 10% @ RM 20k duit kau sendiri. Balance RM 180k loan Dari bank.
Katanya kau sewakan rumah tersebut dgn kadar 1100 sebulan Dan kau bayar loan bank RM 1000 sebulan, so kau untung RM 100 sebulan atau RM 1200 setahun.
Itupun kalau ada Org Sewa rumah kau Dan dia tak missed bayar kau tiap tiap bulan.
RM 1200 untung kasar tahunan itu belum ditolak cukai pintu Dan kos kerosakkan / pembaikian rumah lagi.
Jika ditolak cukai pintu Dan lain lain kos mungkin kau akan terima untung yg kurang Dari RM 1200 tu.
Bagi aku pelaburan rumah adalah pelaburan High Risk.
Dulu aku tgl di Batu Caves, sewa rumah RM 500 sahaja sebulan.
Di Gombak pulak RM 1100 sbb dekat dgn Pelbagai Kolej
Manakala di Greenwood pulak kadar sewa baru RM 400
Jadi kalau kita nak dapatkan kadar sewa RM 1100 sebulan aku rasa agak sukar.
Di Penang pulak. Kalau kau beli rumah RM 200k, kau boleh beli rumah Flat Saja. Dan sewakan dgn kadar RM 400 ke 500 sahaja.
Setiap pelaburan yg kita buat, kita akan kira ROE ( Return On Equity ) bukan ROI ( return on investment )
Rumah harga RM 200k
Equity kau hanya RM 20k
Balance 180k adalah liability.
So pengiraan ROE nya begini, RM 1200 hasil sewaan selama setahun tu, kau bahagikan dgn equity kau RM 20k. So ROE setahun kau akan dapat 6% sahaja.
ROE 6% adalah ROE yg kecil.
Sbb itu aku preferred invest dalam saham lagi.
Saham adalah lbh murah Dari harga sebuah rumah.
Dan ROE saham lebih tinggi.
Sebelum beli saham, antara indicator nya ialah kita tgk average ROE nya selama 10 tahun.
Apa saja yg ROE nya lbh Dari 10% setahun. Maka ianya lbh baik Dari pelaburan hartanah yg hanya 6% setahun.
Saham juga lbh liquid Dari hartanah. Hartanah kalau ko flip dalam masa 3 tahun maka government akan kenakan cukai yg tinggi.
Note :
Tulisan ni bkn nak suruh kau jgn beli hartanah cuma nak bagi tahu bahawa ada alternative lain selain pelaburan hartanah. Dan kita boleh bermula dgn modal yg lbh kecil.

No comments:

Post a Comment

WANG KERTAS SEMAKIN SUSUT NILAI

Wang kertas makin lama makin susut nilai. Rm 5k dulu yg disimpan dlm bank hari ni makin susut nilai. Sebab apa? Hishamudin rais, penulis ...