Sempena tengahari ini, sempena cuti ini, memberi sedikit keluasan buat aku menyegarkan suatu isu yang selalu terlepas pandang oleh kebanyakan massa.
Hal ini hanya sebagai penyegar, bukan sebuah nasihat atau pengajaran. Aku akan menulis satu bab yang sangat berat disisi Rasulullah Saw, bermakna sangat serius jua disisi Gusti Allah swt.
Ia adalah tentang Ahli Al Bayt.
Telah berkata Imam Ahmad Ibnu Hanbal rhm, Saidina Ali itu ramai musuhnya. Apabila mereka tidak menemui kejelekanya untuk dibeberkan - mereka akan mengadakan tokoh untuk menandingi keutamaanya.
Ali diatas - mewakili institusi Ahlu Bayt.
Ada 2 kisah yang meruntun hatiku dari ulamak Agung Silam. Dimana mereka terkenal sebagai pencinta Ahli Bayt sejati.
Terdahulu - guru Hhalifah Umar Bin Abd Aziz sendiri, bernama ia Ubaidillah Bin Abdullah.
Ubaidillah , salah saorang dari 9 atau 11 org Ulama yg ditugaskan bapanya untuk mengajarinya hal ehwal agama. Sudah kebiasaan dinasti Umayyah ketika itu, hal ehwal Sadina Ali kwj tidak akan diajarkan, selain sebagai tokoh yg buruk. Begitu juga jalur keturunanya. Inilah yang selalu dipantau pemerentah Bani Umayyah, agar sistem ini tidak dicabuli.
Namun suatu hari telah bertanya Umar yang waktu itu masih remaja mentah, tentang sosok Ali yang selalu dijelek jelekan orang tua disekeliling kehidupanya.
Ubaidillah, tekad mengajarkan dia ehwal sebenar tentang Ali dan Ahli Bayt Nabi Saw yang sudah lama difitnah. Umar menangis semahunya, kerana selama ini tiada ia tahu cerita yg benar.
Namun dikemudiannya, telah terlepas dari mulutnya dihadapan pembesar - pembesar Umayyah yang kebanyakan adalah Pak Cik dan kerabatnya. Ini menimbulkan kegemparan. Didesak dan disoal siasat tentang siapa yang mengajarkan itu. Umar yg maseh lurus tentang akibat dunia, memperihalkan tentang gurunya itu, Ubaidillah.
Akibatnya hari itu, Bani Umayyah mengebumikan Ubaidillah hidup - hidup.
Inilah sesalan yang dikatakan Umar sendiri, tidak akan luput hingga habis nyawanya. Tangisan sesalannya tidak berguna lagi.
Di kemudian dari zaman nya, Imam Hadis tersohor - An Nasaei telah dibelasah hingga kecederaanya membawa maut. Beliau yang berani telah wafat antara Safa dan Marwah ketika mengerjakan haji. Gara - gara sebuah Hadis yang ia rawikan - tentang doa Rasulullah Saw agar Muawiyah Bin Abu Sufyan tidak bisa kenyang selamanya sekalipon ia makan seperti gajah. Gara - gara mengabaikan panggilan Baginda Saw sebanyak 3 kali kerana sedang enak makan. Sedangkan Gusti Allah dalam KitabNya mewajibkan panggilan Rasul Saw itu dijawab kerana ia bukan seperti panggilan seorang antara kalian kepada seorang yang lain.
Kasus Itban Bin Malik yang sedang berjimak dalam Riwwayat Hadis Muslim tapi bersegera menyahut panggilan Rasul Saw dimuka pintu adalah dalil para sahabat itu amat mengutamakan menyahut Rasul Saw, sekalipun sedang berjimak dengan isteri, lalu bergegas kepintu dalam keadaan tidak sayugia - dengan hanya bertutup selimut dan masih bermandi peloh yang mencurah.
Baginda Saw dan Saidina Abu Bakr As Siddiq hanya tersenyum melihat keadaan Itban, lalu meminta diri segera agar Itban bisa menyelesaikan urusan tergendala. Itu itban bin malik - salah seorang Ahli Badar yang diampuni Gusti Allah swt dulu kini dan selamanya...
Imam Abu Hanifah, pemegang Mazhab Hanafi, menjadikan Tawasul kepada Maqam Imam Husain ra itu suatu rutin ketika mengunjungi Mesir.
Imam As Syafei sendiri nyaris dipenggal khalifah Abbasiah kerana menjawab soalan saorang laki - laki dalam satu majelis, tentang pandangan beliau berkenaan Ahlul Bayt. Imam menyatakan kebenaran yang direkod dalam Diwan (syair) beliau, bahawa mencintai mereka (Ahli Bayt) satu kewajiban. Andai mencintai mereka adalah pertanda sebagai Rafidhoh (syiah), maka jin dan manusia hendaklah jd saksi - aku seorang Rafidhoh!
Berkata lagi imam -
Berkata lagi imam -
"Mereka (Ahli Bayt) itu lebih utama dalam ilmu dan pemerintahan".
Inilah yang disampaikan orang yg benci kepada Ahlu Bayt kepada Khalifah. Kononya Imam adalah Rafidhoh. Dan Rafidhoh zaman itu kaum pemberontak yang memerangi kerajaan. Hukumanya mati andai ketangkap. Namun Imam berhasil membersihkan nama. Tak lama kemudian, berhijrah tinggalkan Baghdad menuju Mesir bg bermastautin. Hayatnya juga berakhir disana , setelah menjadikan sesi kunjungan belajar kepada Sayyidah Nafisah cicit Rasulullah Saw sebagai bekal - bekal terakhirnya didunia fana.
Hujung hayatnya, Al Imam mengutus Khadam beliau kerumah Sayyidah Nafisah bagi minta didoakan kesembuhan dari sakit parah. Sebaliknya Sayyidah mendoakan rahmat Allah keatasnya..
Sesudah disampaikan khadamnya, menangis kegembiraan Sang Imam. Tahulah beliau , umurnya sudah dihujung. Doa Rahmat bermakna beliau akan "berangkat" tidak lama lagi. Tangis gembiranya sebab didoakan cucunda Rasulullah Saw . Imam tak pernah memutuskan diri dari Barokah Ahlul Bayt. Tahu akan beliau rahsia yang ditutup Allah atas ramai manusia.
Sasungguhnya, terlalulah banyak keutamaan Ahli Al Bayt itu yang tak mampu kutulis.
Berkata Imam Al Arabi wali besar dan bapa Alam Tasawuf -
"Seandainya dirimu ditampar oleh Ahli Bayt, maka halalkanlah sebab mereka Dzurriyah Rasulullah Saw...
Seandainya mrk mencuri atau mengambil hartamu, halalkanlah sebab mereka Dzurriyah Rasulullah Saw...
Seandainya mereka menganggu anak isterimu, maafkanlah sebab mereka adalah Dzurriyah Rasulullah Saw..."
Abd Aziz Bin Baz, mufti besar Wahabi saudi tahun 80an sendiri mengeluarkan deklarasi senada dgn Imam Al Arabi. Sedangkam beliau itu musuhnya Tasawuf Ahli Sufi.
Siapa yg ditutup Gusti Allah keutamaan Ahlu Bayt , maka Allah menutup kebaikan yg besar darinya. Andai termasuk ia kalangan yg memusuhi Ahli bayt sayugia diingatkan dia didorong kepada kebinasaan yang amat besar.
Keadaannya sama seperti memusuhi Kanjeng Baginda Muhammad Al Musofa sendiri, walau amalannya hebat memenuhi bumi.
Beringat lah semua. Hati - hati, urusan ini. Siapakah antara kalian yang mahu berkelahi di Yaumil Mahsyar dengan Keluarga Rasulullah Saw, sedang Baginda melihatnya.
Keadaannya sama seperti memusuhi Kanjeng Baginda Muhammad Al Musofa sendiri, walau amalannya hebat memenuhi bumi.
Beringat lah semua. Hati - hati, urusan ini. Siapakah antara kalian yang mahu berkelahi di Yaumil Mahsyar dengan Keluarga Rasulullah Saw, sedang Baginda melihatnya.
No comments:
Post a Comment