Baginda Rasulullah Saw sudah mengingatkan tentang kapitalisme dari awal lagi.
"Akan datang suatu zaman dimana tak seorang pun dari kalian akan terselamat dari riba'. Sekalipun yang tidak mengambil riba, mereka tetap akan terkena debu - debu riba'.."
Ini mahfum (faham) hadis saja, bukan translate lafal asal.
Alim ulamak mensyarahkan, debu - debu riba itu adalah tempias. Contohnya jalan raya yang kita lalu. Syarikat yang membinanya berhutang dengan bank bagi segala jentera dan modal. Bank kenakan riba. Lalu kita ikut guna kemudahan dari hasil riba.
Alim ulamak mensyarahkan, debu - debu riba itu adalah tempias. Contohnya jalan raya yang kita lalu. Syarikat yang membinanya berhutang dengan bank bagi segala jentera dan modal. Bank kenakan riba. Lalu kita ikut guna kemudahan dari hasil riba.
Kiaskan lah sendiri dengan segala benda yang dah masuk era industri sekeliling kita, hatta spender yang kita pakai. Semua melalui riba. Dibangunkan dengan bantuan riba.
Kapitalis asal adalah kaum yahudi yang jalankan bisnes produk dan dalam masa sama pinjaman riba. Ini sejak sebelum era Rasulullah Saw. Di ikuti bangsa lain termasuk arab jahiliyah. Org yang tak mampu tebus hutang riba, diambil harta bendanya sebagai ganti. Jika tiada, diri sendiri akan dijual sebagai abdi.
Sistem ini berevolusi ikut zaman. Sekarang kapitalis sudah canggih. Guna base bernama bank. Aktifitas mereka tambah luas dan maju. Mereka keluarkan modal, biayai industri kapitalis lain dan rolling hasil hingga ia semakin luas dan berakar ke segenap saraf.
Mereka wujudkan budaya produk dan gaya hidup, menuntut kerja lebih keras dan diprogram seperti robotik dengan schedule yang systematic. Contohnya pekerja industri. Kita bekerja untuk industri, kemudian dibayar oleh mereka dan dialirkan semula kepada industri melalui pembelian produk mereka.
Zaman sebelum revolusi pekerja, kaum buruh yang bekerja dengan industri arang batu demi sesuap makanan, akan dibayar upah yang sangat murah oleh industri dengan waktu kerja panjang. Kemudian pihak lombong sendiri keluarkan roti yang dijual kembali kepada buruh. Wang tadi, kembali menguncur kepoket mereka. 2 kali niaga. Kapitalis sama kapitalis, saling sokong menyokong.
Inilah dilema marhaen. Bekerja untuk kapitalis dan beli balik dengan kapitalis. Ironi nya, kapitalis mendapat modal dari sumber kapitalisme, bank.
Sedangkan bank dapat wang dari simpanan kita. Modal asal mereka tak banyak. Kita yang pam duit. Kemudian mrk pinjamkan kpd kapitalis lain yg mahir memanipulasi tenaga saintis dan perekacipta serta tenaga buruh yang diperas habis habisan melalui syarat dan undang - undang kerja. Sebenarnya, upah mereka bayar dengan tenaga kerja dipastikan sentiasa murah untuk bersaing dgn kos hidup yang makin melambung dengan game kawalan harga pasaran oleh kapitalis.
Kapitalis banyak muslihat. Antara taktiknya adalah monopoli. Undang - undang diperlukan untuk melegalkan dominan ini. Maka rasuah main peranan. Duit jadi simbol kehidupan yang menggoda, sebab kapitalis - kapitalist terus wujudkan "kemajuan" yang menyilaukan mata.
capitalist dari sudut pandang Google |
Ini semua berhajatkan wang. Orang berjenayah, menipu merompak sebab mahu wang bagi membeli kemewahan dan gaya hidup dari kapitalis.
Korupsi akan berluasa dikalangan berkuasa. Marhaen akan diperas tenaga dan airmata dengan "harga".
Segalanya bermula dari "debu debu riba". Satu jalanraya akan berhajatkan kenderaan.
Kenderaan berhajatkan minyak. Begitulah seterusnya saling bergantungan yang membuka peluang lebih luas untuk gaya hidup "dimajukan".
Kenderaan berhajatkan minyak. Begitulah seterusnya saling bergantungan yang membuka peluang lebih luas untuk gaya hidup "dimajukan".
Semua tu, kembali hasilnya kpd kapitalis jua. Mereka akan terus cipta gaya hidup lebih moden dan tuntutan memenuhi sarana nya berakibat orang bekerja lebih giat dan semakin sirna era gemilang beribadah dan negara beriman dek kesibukan mengurus tuntutan hidup yg makin mencabar. Sifat qanaah dan zuhud akan jadi produk "RARE".
No comments:
Post a Comment