GAMBAR HIASAN |
Di zaman dahulu, ada seorang abid bertaraf wali telah dikunjungi saorang lelaki jahil bagi bertanyakan ilmu. Terbetik dikalbunya, terasa jengkel dengan kedatangan si jahil. Allah swt memindahkan maqam nya kepada yang bertanya sesudah itu, dek buruk sangkanya kepada hamba yang diutus Allah datang kepadanya.
Telah luput darinya sangka baik bahawa yang alim atau jahil itu juga atas limpah karunia Tuhan. Maka awan yang ditugaskan sentiasa mengiringi perjalanamya telah mengiringi si jahil pula. Tiada lagi ketinggian maqam nya dek sebuah cuma sangkaan ana khoirun minhu (aku lebih bagus darimu).
Cerita ini sebagai satu peringatan, dan mengimbasi semula saat pertemuan Nabi Musa as dan Nabi khaidir as. Berkata khaidir - "Aku mengetahui apa engkau tiada tahu dan engkau mengetahui apa yg aku tiada tahu".
Memaksudkan, tiada siapa yang melebihi siapa. Masing - masing ada bahagian tersendiri.
No comments:
Post a Comment