Saturday, 2 September 2017

WARGA ROHINGNYA DI MALAYSIA


Sebelum menulis sesuatu, aku menimbang dari berbagai sudut. Mengambil satu faktor sehala, mungkin bunyinya sweet. Tapi bila kena atas kepala sendiri, hilanglah alim dan warak.
Isu sensitif spt rohingya, bukan boleh di ambik atas sentimen semata. Memberi perlindungan kpd org tertindas itu wajib. Membantu sesuai kemampuan itu sdh semestinya.
Sebagai kaum yg ditolong, jgnlah jadi spt kabilah urainiyyin yg ditolong Rasulillahi saw. Kaum yg ditolong mesti sadar hakikat ini. Manakala yg menolong dek sadar hakikat persaudaraan seagama.
Tapi islam letak garis prinsip. Islam tu dah hadir lebir 1400 tahun. Ia bukan mundur. Ia membangun tamadun akhlak dan keilmuan. Umatnya tdk blh beralasan spt islam tdk mengajarkan ini. Ia asas ugama.
Kena ada aspek dua hala. Kewajiban membaiki tingkah laku itu adalah prinsip ugama ini. Org2 mekah jg dulu tertindas dan ramai mati diseksa. Tapi Allah tak pernah merukhsah tamadun adab dan akhlak. Maka apabila kaum ansor menyambut, kaum muhajir membalas sebaik baiknya. Sedangkan mrk mengenali islam baru sepuluh tahun, setelah berabad abad hidup dlm dunia jahiliyah yg gelap lagi kasar.
Inilah makna bertolongan. Bukan tolong sehala. Prinsip inilah yg digariskan islam. Menonong dgn sentimen hingga terabai aspek tamasun islam, itu bukan caranya.
Simpati yg tinggi itu, tak cukop sekadar hebat di media sosial. Ada tanah? Beri mrk penempatan..
Ada perusahaan? Beri mrk kerja... Ada makanan didapor? Nah, tunggu apa lagi...
Rakyat ini, tidak keberatan menolong saudaranya. Tapi mrk jg ada kesulitan. Tak adil mrk saja disuruh beralah, sedangkan yg lagi satu dibiar bebas. Hukum Allah tetap berjalan tak kira sapa. Maka kalian yg alim warak wajiblah memberi kesedaran dan didikan ugama kpd mrk supaya prinsip2 ugama diamalkan dan mrk mula belajar kesusilaan.
Org disini tetaplah menolong. Tak minta bayaran. Cuma adat menumpang sesudah ditolong, sama2 jaga ukhuwah. Aku bersimpati kpd org rohingya, jg cakna keluhan saudara seagama disini yg asal.
Bercakap semua mudah. Berbuat yg payah. Gerakan aset kita untuk menolong jika benar2 tinggi kesedaran. Beri mrk tanah2 kita dan didik mrk dgn ilmu ugama. Masalah sikap ni bukan boleh buat main2. Hakikat realitu dunia sebenar, bila tuan rumah rasa dipijak dan dibiadapi, kemungkinan tuan rumah pula jd rejim burma tak boleh diramalkan.
Kita hidup dlm realiti. Pandang realiti sekeliling sblm tunjuk alim. Sebab tu aku mengambil.kira berbagai faktor sblm bermulut besar. Aku khawatir, sentimen saudara seagama kita cuma gah di slogan. Belum teruji , semua boleh sembang...
Tolong tetap tolong. Itu wajib. Tapi tolong tak bermakna diberi pijak kepala. Seperti aku katakan sebelomnya - Bertolong tolongan. Bukan sehala. Aku amat menggalakan 100% sesiapa yg sudi tumpangkan rohingya di rumah atau tanah mrk.

tulisan asal : sasterawan jefri zin

Friday, 1 September 2017

90 PERATUS TRADER LOSS MONEY

statistic sebenarnya lbh dari 90% trader ( gambler ) loss money.
so nak buat mcm mana supaya tak loss money?
jawapannya jgn jadi trader ( gambler ) jadi lah investor yg bijak.
selagi mana kau masih di takuk trader ( gambler ) selagi itu lah kau akan jadi sebahagian dari statistic yg loss money.
yang untung adalah Broker, Remiser dan Sifu Sifu saham korang yg jual Seminar dan Ebook.
yg rugi korang lh sape lagi?
dan ingatlah sifu korang pun sbnarnya sebahagian dari statistic 90% yg loss money tu
even legendary speculator, Jesse Livermore pun kata "money is made by sitting, not trading"
tapi kalau kau jadi spt Jesse Livermore, ada kemungkinan kau akan buat buat duit jgk, sbb dia short stock, dia bertaruh utk harga saham itu jatuh.
manakala kau bertaruh untuk harga saham itu naik, tapi yg jadi sebaliknya, harga saham itu jatuh.
during market crash, tahun 1929, yang jadi millionaire ( kalau dalam duit skrg, billionaire ) adalah Jesse Livermore, sbb dia bet supaya saham jatuh, yg loser adalah org org mcm kau.
so masih berfikir nak jadi trader lagi kah? kau ingat kau boleh jadi 10% yg make money kah? berhenti bermimpi, dan belajar lah jadi intelligent investor.


Wednesday, 30 August 2017

UBAT BAGI KEJAHILAN


Obat bg kejahilan adalah menuntut ailmu.
Tapi ailmu cuma bole obatkan kejahelan, bukan kebodohan (fusaha).
Beza antara jahel dan bodor adalah - sijahel membuat kesalahan sebab belom tahu akebah. Manakala si bodor buat juga kesalahan walao sudah maklom akan akebah.
Ailmu ni luas skop bicara dan aplikasinya. Dari ailmu basuh berak kencing ke ailmu mentadbir negara dgn siasah. ailmu kerohanian alam tasawuf dan tauhid hingga ailmu membikin jambatan gantong dan empangan raksasa. Melangkaui hingga kaji angkasa raya.
Mengaji kitab klasik saja dan kekal tersangkot di situ blm memadai. Bak kata tghh, kitab dulu dikarang sesuai waqi jaman tu. Kitab tetap betul, tapi kena diberi nafas baru supaya sesuai tuntutan jaman.
Al imam nawawi rhm sendiri mungkin akan ubah takrif NAJD yg beliau syarahkan dari sahih muslim, andai beliau hidup jaman ni. Apa yg beliau simpulkan dulu, sesuai dgn kadar sejarah waktu tu.
Oleh sebab hadis ttg ramalan itu (prophecy) adalah hal ehwal blm berlaku, fakta plg tepat adalah bila berlaku apa dikhabarkan hadis. Seperti ummutaha mukminin yg melihat sendiri Zainab ummu masakin wafat menyusul Rasulullah saw spt dikabarkan Baginda saw secara berkias, bukan tangan sapa yg plg panjang antara merika. Taraf ummutaha mukmimin pon gagal tangkap fakta hadis ramalan, apa lagi org kemudian. Memang ada org2 yg diberi kasyaf dlm melihatnya, tp bukan semua benda dibukakan kasyaf. Bukan semua ahli kasyaf jg akan tuangkan dlm kitab apa yg dinampakan kpd mrk.
Isi kitab adalah hasil alim ulamak yg mengestrak al Quran dan hadis serta jalan3 bersangkutan dgn nya.
Yg rigid tak boleh diubah cuma sumber isi kitab diambil, yakni al Quran dan al hadis. Jika kalian berkata al Quran sesuai sepanjang jaman, maka maknanya kaedah mengambil hikmah dari nya sentiasa boleh diperbaharui.
Dulu, sahabat dan ulamak tdk hidop dlm sistem demokrasi. Kita lahir2 saja dah diberanakan dlm sistem demokratos dan kapitalisme. Boleh ke nak muamalah cara dinar dan darham setiap hari dlm sistem wang fiat banker? Boleh ke nk potong tangan pencuri yg dah sabit sgl bukti dan keterangan?
Sebab kita dikongkong sistem. Waima jaman raja2 melayu, undang2 terbahagi dua set ikut negeri. Ada undang2 islam spt diaplikasikan di negeri darul iman spt tercatit atas batu bersurat dan ada undang2 temenggong.
Temenggong ni, dia lah menteri KDN dan dialah KPN. Aku bukan reti sgt undang2 klasik tanah milayu ni.
Tak guna membesarkan sanad ailmu dgn sgl guru, kalau islam tak mahu dimartabatkan dgn syumul. Sekadar meratib bawak diri dan keluarga. Sedanglan wafatnya Rasulillahi saw, sekalian sahabat bersegera melantik kepimpinan agar al Quran terus meninggi keatas ummat.
Sedangkan jasad Rasulillahi saw maseh ada dalam rumah.
Itulah pertanda, bitapa kestabilan negara berdasar al Quran yg syumul terus berlansong. Kepimpinan lah yg bawa hala tuju negara samada al Quran, atao kitab sekulerisme dan kapitalisme.
Sekarang, jaman kita sekarang, kepimpinan tak boleh diraih selain dgn 2 jalan.
Merampas dgn kekuatan atao menyertai sistem sedia ada. Sistem ini bukan alternatif kpd jalan klasik, tp ini saja jalan yg tinggal melainkan kalian angkat senjata masing2. Itupon kalao sanggop lihat hingga ahli rumah sendiri ditangkap dan mungkin disakiti. Jaman ni, bukan ahli jihad saja akan terlibat dgn kekerasan.
Fikir sehabis baek...
Kalao kita setahan org palestin boleh lah. Ni takut tak kerja sebulan dah gabra anak bini nk makan apa. Benda ni bukan main2.
Bukan sekadar isi peluru dan tembak.
Orang berakal sengkat cuma nampak mcm filem kombat. Yg betul2 berkesanggopan tak ramai. Jangan2 nanti leader yg kena tinggal mcm saidina al husain ra yg ditinggal rombongan badwi dan org kufah yg janjikan dokongan. Bila sekali terlihat kilatan2 pedang.
Apa yg ulamak siasah buat ni dah terbaik untuk waqi watan hari ni. Nak masok tabong derma pon liat lagi mahu sembang jihad? Brader... org dulu berabis harta benda bila jihad. Kita yg baru air kena potong 2 hari dh gelabah tok sah sembang.
Makanya, kalian ikhtiarlah sendiri bgmana mahu tegakan semula sistem era Rasulillahi saw. Atao mungkin kita duk pakat2 ratib usah buat apa2. Tunggu imam mahdi.
Sementara tu , realitinya negara ni adalah demokratos akan membenarkan kuffar ambik bahgian dlm kekuasaan. Bila mrk berhasil jd majoriti MP, apa2 ttg kontitusi boleh mrk ubah yg akan merugikan islam secara total.
Jangan berangan sgt kita ada itu dan ini. Sekarang ni macam2 golongan muncul menghina islam secara terbuka, elok je boleh terus bebas.
Tulidan aku ni, akan menyakitkan. Tapi inilah realiti. Islam tu realiti dan berjalan secara realiti. Bukan berkhayal dlm tempay suluk.
Waima sultan murad dan muhammad al fateh mengikat serban perang di mihrab suluknya. Kots kontantinopel takan dpt diambil dengan tadah kitab.
Berfikir dgn global spt sultan murad dan al fateh.

Tulisan Asal : Sasterawan Jefri Zin

SAINTIS DAN ATHEIS

aku suka saintis, dari kecil aku ada lh simpan cita cita nak jadi saintis, tapi tampa plan yg kukuh, cita cita hanya tinggal cita cita.
ok aku tak nak cerita ttg itu. yg aku nak cerita ialah saintis lbh baik berbanding atheis.
atheis! mereka do nothing, hanya mempersoalkan kewujudan Tuhan, kemudian claimed bahawa Tuhan itu tak wujud.
manakala saintis ( astrophysics ) mereka mempersoalkan dari benda yg besar besar sehingga benda yg paling kecil, bagi mencari Tuhan, apa yg berlaku sebelum Big Bang?
mereka berteori bahawa dunia ini terdiri dari Fabric Of God, sekarang ini mereka telah berjaya membelah / memotong proton dan neutron, dan mereka masih sdg mencari apa yg tidak boleh dipotong? kerana yg tidak boleh dipotong itulah Tuhan itu sendiri.
walaupun mereka tak beragama, tapi mereka tetap berusaha utk mencari apa itu Tuhan ( sesuatu yg tidak boleh dipotong )
note : gambar ni Hadron Collider.


MINAT SAHAM BERMULA DARI BACA BUKU MASTIKA

masa aku darjah 3, tahun 2000, masa tu aku dah start membaca, aku baca buku mastika, dalam buku mastika tu terdapat satu kolum, kolum "fakta dari internet"
satu hari tu aku terbaca dlm buku mastika, kolum fakta dari internet, Ross Perot, kehilangan beberapa Ratus Juta Dollar dalam pasaran saham, bersamaan berapa puluh dolar sesaat ( aku tak ingat jumlah yg sebenar )
sejak aku baca fakta tu, walau masa tu aku baru berumur 9 tahun ( tahun 2000 ), aku tahu sebelum loss beratus juta, maka Perot semestinya dah untung beratus juta, so itu sesuatu yg buat aku ingin lbh tahu mengenai saham.
start dari itu, aku dah mula follow, harga harga saham yg selalu ada di tv3, aku nengok walau aku tak faham habuk.
kemudian masa aku dah berumur 14 tahun / form 2 ( tahun 2005 ) aku dah start tgk bloomberg, masa tu bloomberg masih 1 channel yg free kat astro, dah lama aku tak tgk bloomberg sbb dah kena bayar.
sejak peristiwa tu berlaku ( peristiwa Ross Perot), aku ingat ia tak akan berlaku lagi.
awal tahun ni, Tadashi yanai, owner Uniqlo, loss 1.4 billion ( 1400 juta ++) dalam pasaran saham. ikutan saham syarikat miliknya, Uniqlo jatuh mendadak.
sepatutnya
strategy yg betul adalah, tadashi Yanai, sbg owner Uniqlo, jual saja saham miliknya sblm jatuh. dia itu insider, msti dia tahu saham dia akan jatuh.
so org awam akan ikut sell. apabila org tgk owner sendiri jual. maka akan jadi panic sell.
masa tu bkn saja Tadashi Yanai tak rugi, bahkan akan untung berbillion dolar, sbb boleh beli balik saham dia pada harga yg murah ekoran panic sell tadi.

Ross Perot loss $450 million dalam pasaran saham

Tadashi Yanai loss $1.4 billion dalam pasaran saham

KELAS SAHAM DAN EBOOK SAHAM BAGAIKAN CENDAWAN TUMBUH

BAGAIKAN CENDAWAN TUMBUH.
If ada Org buat seminar saham dgn yuran yg murah. Kemungkinan Dia itu broker. ( ada broker yg buat seminar free ) Buat seminar kemudian dia suruh kau buka akaun CDS under brokerage house dia.
Kemudian dia berikan Kau semangat utk trade. Bagi tips bagai.
Kemudian kau trade, Kau Untung atau rugi dia tetap untung base on transaksi jual beli yg kau buat.
Satu lagi.
Org yg buat kelas mahal mahal. Ada yg sampai fee satu sesi 3 4 ratus. Dia sendiri pun belum tentu boleh buat duit secara KONSISTEN dalam trade saham.
Kalau ada kau minta statement CDS dia yg dah di audit.
Note : Robert Kiyosaki ada berkata, kenapa broker di panggil broker? Kerana mereka itu lebih broke Dari kau sendiri.







FIFO LIFO GIGO FISH

Sejak Dari form 4, form 5 Dan seterusnya. Aku familiar dgn perkataan FIFO ( first in first out ) Dan LIFO ( last in first out )
Tapi skrg ni aku jumpa tambahan benda baru, GIGO & FISH
GIGO : garbage in garbage out.
FISH : first in still here.
If kau tgk financial report sesuatu syarikat. Dan kau tgk inventory dia banyak. Inventory ni consider sbg asset. Tapi kena tgk jugak barang apa?
Baju sehelai RM 10 dibeli 10 tahun yg lepas pun boleh dikira sbg inventory. Baju tu tak laku. Kemudian kau tgk dalam financial repot, banyak nya nilai inventory. Maka kau kena go deeper lagi.
Baju yg nilai RM 10 / sehelai 10 tahun lepas. Belum tentu boleh dijual RM 1 tahun ini.
Kau tgk nilai yg banyak dlm inventory sbb ia di rekod base on history cost.
So jgn tertipu dgn financial statement sesuatu company. Inventory yg banyak belum tentu bagus.
Yg kita mahu adalah inventory yg cepat masuk Dan cepat Habis. Itu tanda company buat profit

EMAS DAN CRYTOCURRENCY ( BAHASA MELAYU )


Di dalam dunia financial market...
Antara cryptocurrency i.e. Bitcoin vs platform untuk digital currency itu sendiri i.e. Blockchain, yang lebih menjadikan ramai financial market player / economists excited adalah pada Blockhain itu, bukan Bitcoin
Blockchain yang dipandang sebagai game changer. Bitcoin ni masih dipandang sebagai speculative asset
Namun seperti mana awareness terhadap emas menjadikan harga emas melonjak tinggi dari tahun 2008-2012 dan terus berada pada paras yang lebih tinggi daripada 2008, bagi aku itu jugak yang akan berlaku pada digital currency, terutamanya Bitcoin dan Ethereum
Walaupun tak ada sebarang 'fundamental' di belakangnya, tapi selagi ada demand, selagi itu ada harga. Sebenarnya sama je jugak dengan emas. Bukan boleh buat makan. Tapi sebab ramai orang sukakan emas sebab katanya lawa dan symbol of wealth, maka demand untuk emas tu ada dan harganya pun menjadi tinggi
Maka selagi mana ada demand untuk digital currency, maka selagi itulah nilai digital currency akan ada dan tidak akan jatuh ke paras awal-awal ianya wujud dahulu. Dan jika semakin banyak kerajaan dan central bank mengiktiraf penggunaannya, maka semakin akan naik nilainya, walaupun ianya tidak ada sebarang 'real asset' di belakangnya
Cuma seperti mana emas harganya akan jatuh tergolek bila 'hype' tu hilang. Sama juga dengan cryptocurrency. Menjadikan ianya kekal sebagai speculative asset.
Selain tu, ada satu pihak yang akan terus memastikan cyptocurrency ini hidup, sekaligus menjadi sebab utama untuk demand cryptocurrency terus wujud selain untuk speculative investment
Demand di dalam black market.
Tulisan Asal : Izzudin Yussof ( Izzudin Yussof )

JANGAN JADI TRADER SAHAM


If you have IQ 160, you can sell 30. ( balance tgl IQ 130 sahaja )
.Warren Buffett
Maksud dia kalau kau nak invest, kau tak perlu pun IQ yg tinggi, tapi kau perlu EQ ( Emotional Quality ) yg tinggi. Kau perlu sabar.
Kalau kau ni seorang trader, untung 10% kau dah jual. Rugi 10% kau dah jual. So mcm mana nak untung?
Yg untung adalah broker. Kau rugi pun dia untung. Kau untung pun dia untung.
Warren Buffett sekali dia beli saham. Exit plan dia adalah next 10 year. Atau lebih.
Manakala Ron Baron, exit plan dia 6 ke 7 tahun.
Barulah boleh untung 25 bagger ( 2500% ) atau 30 bagger ( 3000% )
Charlie munger pulak kata.
"Kau buat keuntungan bukan semasa kau beli saham atau kau jual saham, tapi masa kau Wait ( sabar / menunggu )"
Maksud dia sebagus mana pun syarikat tu, kau tunggu dia undervalue baru kau beli.
Ni kau tak. Kau tgk harini saham merah. Maka kau beli, kau ingat esok Dia nk hijau. Rupanya merah berdarah.
Kau tahu kenapa? Kerana stock tu dah overpriced.
Value syarikat tu 1 million, tapi value harga saham yg dijual 2 3 million. Fundamental pulak out. 10 tahun berturut turut catat net loss. Tapi kau beli jugak sbb kau trader.
Warren Buffett dia ada 2 rule saja dlm investment ni, kau perlu follow rule ni kalau kau nak berjaya dlm pelaburan saham.
1.) Rule 1, never loss money
2.) Rule 2, never forget rule no. 1
Selagi mana kau dok main penny stock. Selagi tu lah kau dok cut loss.
Yg kaya adalah broker/rimiser jugak.
Peter Lynch pula ada berkata.
Better kau jadi investor berbanding trader.
Investors they get rich slowly.
Trader they get poor fast.
So pilihan ditangan kau.
Warren Buffett, Charlie Munger, Ron Baron... Mereka tu tak peduli langsung dgn TA ( technical analysis )
Mereka hanya peduli FA ( fundamental analysis )
Kalau btl TA tu berkesan. Maka kau tak perlu cut loss memanjang. Rugi lagi banyak Dari untung.
Walau ko beli saham yg patuh Shariah. Tapi kau treat diri kau sbg seorang trader. Sbnarnya kau sdg berjudi. Jadi XDA point kau nak bayar zakat dgn keuntungan Dari trade saham.
Peter Lynch juga ada berkata, kerja trade saham ni ibarat at home casino, dia juga berkata lebih baik pergi melawat museum Dari sehari kau dok perati naik turun harga saham.
Conclusion nya. Jadi lah pelabur yg bijak. Hentikan aktiviti spekulasi Anda.
Tukarlah mindset trader kpd mindset investor.

Charlie Munger

Charlie Munger

Charlie Munger

BAHAN PELARIS NIAGA


Aku teringat kesah pekerja kedai kain imam abu hanifah mengambil gulungan kain yg di pinta pelanggan kemudian menepok nepoknya sambil bersolawat depan pelanggan.
Imam yg kebetulan lihat terus tak jadi jual dan memarahi pekerjanya itu. Sebab beliau benci bila solawat dijadikan spt bahan pelaris jualan. Hari tu terus tutup kedai. Begitu halus timbang tara imam dlm menjaga ketinggian kalimah suci agar tdk diprolakmir sbg bahan pelaris niaga.
Jaman ni, ayat2 suci dijadikan bergentayangan dlm premis sbg bahan pelaris jualan. Simbol2 agama adalah tangkal pelaris moden. Mungkin tak salah dari segi hukum. Tapi hilang adab dgn kalimah suci sebab martabatnya yg meninggi dijadikan azimat kedai.
Sorang kawan aku yg niaga ikan ditepi jalan bgtahu, dia pernah coba test niaga sehari sambil pakai kopiah. Laku keras haritu. "Berkat" imej warak. Dia nk test jiwa manusia katanya. Memang terlajak laris.
Kesah2 dulu belajar di pondok ke, madrasah ke, al azhar ke , jg berguna dlm bidang kapitalisme sbg daya penarik jualan kpd ummat. Mungkin aku patot keluarkan peloduk roti cap lebai dgn logo tgh berkopiah atas sejadah tadah doa.

Tulisan Asal : Sasterawan Jefri Zin

ETIKA NIAGA


Adapon hakikinya yg dituntut oleh Baginda Rasulillahi saw adalah etika niaga yg jujur lagi amanah.
Baginda saw pernah menyelukan tanganya yg mulia kedalam peloduk jualan seorang muslim dipasar. Ternyata ada bahagian basah dlm daganganya sedangkan dia menompokan yg kering dibahagian atas. Lantas Baginda memerentahkan berlaku jujur. Tampakan bahagian cela barang dagangan agar pembeli bisa tahu. Jika mrk setuju, mrk ambil dgn sesuai harga.
Inilah arwah guru aku pesan. Beliau jg peniaga yg byk jenis perniagaan sederhana dan kecil. Ada kedai perabot kecil dan kedai membuat timba besi. Beliau gemar buat timba. Jadi kedai perabot diuruskan anak2. Beliau bikin timba secara klasik. Ini perusahaan beliau sejak era nippon.
Pesan beliau kpd anak2 dan murid, jadikan modal Rasulullah saw sbg modal. Yakni jujur dan amanah. Maka Allah jadikan hati2 manusia meyakini kewibawaan kita.
Bak kata pujangga cinne- Andai bangkrup boleh bermula semula. Tapi jika org hilang kepercayaan satu apa pon tak boleh niaga lagi dah.

Tulisan Asal : Sasterawan Jefri Zin

ATHEIS


Seorang atheis bertanya dlm sebuah grup, apa itu Tuhan?
Aku malas nk jawab. Biarlah sama mrk je bergosip. Muak dah dgn perangai puak ni. Aku sebenarnya tak sgp nk tgk komen2 menganjing dan menghina Tuhan serta Nabi.
Tapi soalan ni agak bagos. Apa itu Tuhan?
Ada sa-buah filim omputeh berjudul HELLRAISER. Ia disekualkan kpd beberapa episod since 80an.
Ada sekual era millenia, kesah sekumpulan anak muda hedonis punk/streetboy - yg menjalani occult setan. Mrk melakukan ritual khusus pemujaan dgn mantera tertentu. Kemuncaknya, mrk menembak kepala sendiri dgn magnum revolver yg berkuasa tinggi.
Mrk akan mati. Tp ketua occult akan bacakan mantera lalu mrk hidup semula sbg immortal. Mrk tdk lagi akan mati. Mrk jg tak akan rasa sebarang kesakitan lagi...
Mrk terpaksa hidup dialam misteri dlm tunnel train. Tren mrk sentiasa bergerak dan berhenti di stesen dlm keadaan ghaib. Hanya ahli baru boleh menyertai mrk. Didalamnya, mrk hidup berpoya dan berpestaan sepanjang hari. Mrk tak pernah lagi menjejak tanah.
Direngkaskan, seorang repoter wanita yg secara eksidental menyertai mrk tlh terlibat dgn kotak misteri Lumirchant yg jd alat menyeru roh cenobites dari hell. Siapa saja yg membuka puzzle kotak misteri ini akan diperkirakan memanggil cenobites untuk diseksa dialam sana for eternity.
Demi melindungi ahli mrk, ketua kumpulan dan org2 nya tekad melawan cenobites. Mrk tdk gentar sebab mrk tak boleh mati dan tak rasa sakit.
Tapi, perkiraan mrk silap. Rantai2 alat seksaan cenobites yg boleh muncul dari dinding telah menusuk dgn menembusi tubuh kebanyakan mrk dgn bilah mata hujungnya yg spt tombak. Semua mati bergelimpangan. Akhir sekali rantai2 dgn cangkuk besi telah keluar dan mencakuk seluruh badan ketua geng. Ia menarik dan mencarik isi daging tubuh hingga tulang. Ia akan terus menarik hingga tubuh mangsanya berkecai.
Waktu inilah sang ketua meraung merayu dlm tangisan. Muncul satu perkataan yg telah lama dibuangnya -
"O god... please help me..."
Kemudian rantai2 menyentapnya hancor lebor dan jiwanya akan diseret cenobites untuk seksaan selamanya dialam sana.
Itulah makna Tuhan. You will found it when the right times comes. Saat berputus asa kpd sgl pertolongan dan harapan.

Tulisan Asal : Sasterawan Jefri Zin

UMMATAN WASATO

Al Quran yang karim memuji dan menyebut nyebut ttg generasi Rasulullahi saw sbg ummatan wasato. Umat tauladan. Al Quran megambarkan mrk sbg generasi terbaik dilahirkan umat manusia bersebab mrk adalah saling berkaseh sayang dan lemah lembut sesamanya (saling bertolongan).
Mrk menyuruh yg ma'rof dan melarang yg mungkar. Mrk lebih mengutamakan saudara2 nya dari diri sendiri.
Inilah skop mrk yg takan mampu dikejar lagi dah oleh umat buih termasok aku. Sedangkan hal ilmu dan kekuatan ibadah mandah maseh ramai yg kuat melaksanakan. Ia U -thopia yg takan berulang semula.

Tulisan Asal :
Sasterawn Jefri Zin


MARILAH BERSUKAN

Marilah bersokan...
Kapitalis buat duit.. Mungkin kita tak sadar, kapitalis meniagakan aurat dan harga diri anak2 bangsa kita dah lama dah...
Cipta slogan sokan menyatukan semua, semangat kesokanan, sokan maruah negara, sokan pengerat silaturahim, sokan itu kesehatan, bla bla bla,
Maka bersorak sorailah anak bangsa melihat celah kelangkang anak2 kpd bangsanya atao bani adam. Melihat kopek berganyut ganyut. Ye... kopek. Sebut kopek zaman skg adalah dosa lebih tragis dari tengok kopek tu sendiri.
Sokan itu boleh... tutup awrat sempurna. Dulu ada soram pelari wanita menang sprint trek 100 meter dgn seluar trek longgar siap bertudung sembunyik kopek. Juara, kalahkan kaki telanjang lain. Bolehjer... Sebenarnya yahudi melalui kapitalis niaga sokan tgh cabut taboo awrat yg di ingatkan Rasulullah saw dgn keras dlm israk mikraj supaya hilang kesensitifan kpd usul ugama. Yg lain2 cabutan taboo akan menyusol.
Aku tgk jgk bola tadi walao tgk2 ayam. Aku pinjam mazhab peha kejap. Boleh kan? Lagipon mazhab peha kata kesah israk mikraj byk palsu rekaan je.Lagipon seluar bola skg dh hamper sempurna tutup aurat. Atas sikit je dari lutut. Bukan seluar era liga semi pro dulu.
Jangan stres lah dgn tulisan aku ni. Sokan dh jd arus masyarakat. Tak boleh ubah dah. Aku bukan kesah sgt hal tgk celah lurah ni sebab tak bikin dosa tu pon dosa lain yg lagi besar kita semua terbuat jgk sehari hari.
Cuma aku nk awarekan agenda mencabut sensiviti taboo oleh agenda freemason- kapitalis- sekuler liberalisme.
Sadar tak sadar , perkataan "keras" lebih berdosa dari melihat objek yg mengeraskan sang lembik itu. See, otak kita dah kena format dgn malware kapitalis dlm semangat kesokanan.
Sekian.

Tulisan asal : sasterawan jefri zin



HOLIER THAN THOU VERSI MELAYU


HOLIER THAN THOU!
Ni entah malaun mana punya dialog dlm filim yg dipersenjata oleh ramai org bila terasa kena tegor. Konon2 org yg tegor kekhilafan tu adalah sok suci, sok malaikat, ahlu syurge.
Sampai puak2 murtadin pon guna ayat ni.
Jadi disindirkan lah org yg menegur dgn perkataan tu. Konon2 itulah perasaan hebat si penegor waktu tu.
Sebenarnya yg guna ayat tu lebih takabur lagi dan merasa tak layak ditegor. Jauh terpendam dlm lubbun -
"aku sempurna".
Maka kao tak layak menegor. Urusin keluargamu dulu.
Ia suatu game dari satan, spt orang yg menahan sadoqah kpd org yg menadah tangan dipasar sibab tak mahu dikata riyak atao timbul riyak.
Gusti Allah swt tu halus tilikanya dan tahu isi lubbun mu (lubuk hati plg dasar). Apa terbit disitu spt kasehan belas, ingin menolong dan Lillahi taala. Gusti tahu kekhawatiran mu dipintas oleh riyak dan ujub. Maka turutkan kebaikan sekalipon bimbang disusul keburukan. Sebab Sang Gusti itu tahu dan Dia maha pengampun lagi maha mengasehani.
Gusti tdk akan hilangkan kebajikan yg lahir dari detak pertama Lubbun yg mahukan keikhlasan. Sedang yg meniup was was dan kekhawatiran riyak ujub itu adalah satan. Kerjakan, hingga Gusti satu masa akan lenyapkan keraguan dan mazmumah dari hatimu.
Hilang kepercayaan kpd Sang Gusti Agong, lebih parah dari tempelan ujub dan riyak yg tlh berusaha olehmu menjauh. Yakin dan percaya, Gusti Allah amat tahu isi hatimu dan amat memahami kelemahan mu.

Tulisan Asal : Sasterawan Jefri Zin

ROTI BAHASA ISYARAT

Ok...

Nostalgia lewat malam sikit.
Dulu, arwah nenek aku adalah bisnes kecil kecilan sikit barang runcit. Tak byk barang pom.
Satu barang yg selalu dicari oleh kaum wanite jaman tu, terutama anak gadis adalah tuala wanite jinama salina ke apa aku dh tak brape clear.
Tp anak gadis jaman tu amat lah pemelu. Bila depa mai nk beli benda ajaib tu, depa guna bahasa kod. Nak beli roti kata depa...
Aku dulu tercengang cengang roti pekebende pulak nih, mana ada juai roti kat sini.
"Roti yg tulah..."
Kata depa.
Roti apa?
"Yang tuu..."
Maseh berbahasa kod tanpa berani nk tunjuk "roti" yg tersusun tu. Last2 kena nenek atau org pmpuan jgk yg handel.
Ooo roti tu ghopernya... bisik hatiku. Maka sang roti pon dibungkuih dgn kertas suratkabar dan depa bawak balik sembunyik2.
Itulah gambaran gadis2 dulu yg hidup dlm pingitan. Cukop susah nk keluar kecuali ada keramaian atau ekspo2 spt funfair. Itupon pegi dgn famili. Ada jgk yg jenis suka keluar tp tak ramai mcm sekarang. Tapi ni citer kamponglah.. Kat bandar lain le gaya hidopnya.
Citer jaman2 filem Azura bercinta dgn Zek ni. Jaman drama kantonis ala mafia - The Bun yg chow yun fat jd hero.
Kadang2 rindu jgk aku jaman roti nih. Hihihi

tulisan asal : Sasterawan Jefri Zin

Sunday, 27 August 2017

CURI SUSU

Gambar Hiasan
Terbaca pula aku, sorang maling ditangkap orang ramai di negeri bangsa J. 

Tiada aksi keganasan dilaporkan. Sekian penangkap begitu berhemah. Kabarnya, item yang dicuri adalah susu bayi yang mahal.

Ramai orang bersimpati. Sebab susu bayi.. Mereka meneka ini pasti buat anak - anak nya yang kehausan. Namun ada juga yang mendakwa dia sudah banyak kali ketangkapan mencuri termasuk ubat gigi optic yang mahal.
Meninggalkan semua spekulasi, aku lebih meyakini adalah lebih baik tubuh badan yang sehat tiada cacat cela itu bekerja. 
Terdesak ni, sekali sekala saja.. kalau kebiasaan, itu habit. Asal tersepit buat maksiat jenayah. Hospital ada program susu bayi bagi yang tak mampu, atau dh dimansuhkan aku tak tahu.

Sebenarnya susu ibulah yg terbaik dan tiada mudhorah. Tak perlu beli susu pun. Lepas 2 tahun, ceraikan dengan susu dan boleh mula minum minuman lain. 
Dikampong dulu, beginilah org2 tua kami buat. Cukup masa, budak - budak akan hisap botol berisi teh o. 
Haha.. Sehat juga. Elok dah sekarang dah boleh bermenantu pon. Anak - anak dulu diajar hidup lasak. 
Untuk mereka kental berjuang juga dalam kehidupan akan datang. Orang dulu melahirkan generasi tegap, bukan serba dipampers.

Mereka mahu anak - anak kental harungi badai, bukan asal susah buat angkara.
Baiklah.. sebuah kisah terdesak dari kawan aku yang berkhidmat sebagai anggota polis di Kuala Lumpur era 80 hingga awal 90an.
Beliau banyak menangani kes jenayah di kota ini. Tapi satu kisah tak terlupakan, seorang bapak yang merompak bank semata mata kerana mahu biayai operation anaknya yang sudah tenat. Beliau ditembak mati oleh polis dan wang rompakan bertaburan atas jalan semasa dia terbunuh. Hasil siasatan, memang benar anaknya menanti operasi yang membutuhkan wang besar.
Inilah baru terdesak. Kasih sebenar seorang ayah yang rela kehilangan nyawa. Tapi, siapakah yang akan bersimpati dengan nasibnya selain orang - orang melihat seorang tukang rompak terbaring berlumur darah dan dihurung lalat kejung kaku.
Sebenarnya, kita tak mahu menumbuhkan daging dari hasil haram keatas anak - anak. Sebab daging itu, api neraka lebih awla untuknya. 

Orang dulu cukup cermat jaga anak bini dari makan sumber haram. Jangan kita yg hantarkan anak - anak ke neraka. Ingat ni. Meminta minta lebih baik dari mencuri hak orang. Sekali tertangkap, nama baik tak mungkin boleh dibersihkan lagi

WANG KERTAS SEMAKIN SUSUT NILAI

Wang kertas makin lama makin susut nilai. Rm 5k dulu yg disimpan dlm bank hari ni makin susut nilai. Sebab apa? Hishamudin rais, penulis ...